Tuesday 11 August 2015

Minggu Destini Siswa (MDS) UiTM Shah Alam

Tu dia! Rancak facebook dengan update pasal hebahan keputusan UPU. First of all, tahniah sbb diberi peluang untuk further belajar dalam peringkat degree pulak. Mesti seronok sangat kan? Haha I feel u!


At the same time, korg mesti tertanya-tanya pasal macam-macam perkara kan? Universiti ni okay ke? Yuran mahal x? Kolej die selesa tak? Macam mana life kat sana nanti? Barang apa diperlukan sepanjang tempoh orientasi and belajar kat sana? Those questions pon akak ada terpikir masa mula2 masuk asasi and degree. Sape dari asasi Engineering? Sep sikit!


So, where should we start? Hah! Pasal keperluan dulu lah. Dokumen2 tu, xyah lah tanya. Akak tak ingat lah pulak. 


Make sure korang bawak baju kurung putih, kain hitam n kasut bertutup hitam, macam baju sekolah tu. Tudung die akan bagi. For those yang dah ada tudung tu time asasi, simpan je kat rumah. Korang akan dapat lagi time degree. For guys, korang kene bawak baju kemeja putih, seluar slack hitam n kasut hitam. Tie, akan bagi, sama la macam tudung. Oooppss! Ni bukan pakaian waktu mula2 datang UiTM okay! Pakaian ni korang kene pakai hari ke 3 atau ke 4 MDS, kitorg (faci) akan inform. 

Hari first daftar tu, just pakai baju formal biasa je. Perempuan, baju kurung, corak bebas, kasut bertutup. Laki kemeja warna bebas, kasut bertutup. Saya sarankan pakai kasut sukan jelah. Kasut sukan yang berwarna hitam. Korang pakai je kasut tu seminggu. Senang. Perempuan, mahupun lelaki.


Kalau tengok surat tawaran, Kolej yang korang dapat, ada yang Mawar, Melati, Anggerik, Teratai, Delima, Seroja, Perindu, Meranti. Tapi untuk sepanjang tempoh orientasi, korang kene stay kat satu kolej ikut gender. During my time, kat surat tawaran, tulis Kolej Melati. But then, I was told untuk pergi kolej Mawar. So, after habis orientasi, kene lah pindah ke kolej Melati pulak. That’s why, kalau boleh, bawak barang yang diperlukan je untuk orientasi tu. Then, after dah pindah ke kolej tetap, barulah hangkut semua barang. For guys, diorg kene stay kat Perindu wktu tu. Kalau xsilap, I think, korang punye time ni pon macam tu jugak.
__________________________________________________________
Barang2 yang perlu time MDS,
§  Baju kurung / kemeja (4 pasang)
§  T-shirt, track suit (1 pasang)
§  Barang mandi (sabun baju, baldi tak perlu. Cukup2 untuk mandi je, tu pun kalau sempat mandi. Hehe)
§  Dokumen
§  Handphone and charger (laptop tak perlu lagi)
§  Kasut sukan (hitam senang)
_______________________________________________________

Rasenye itu je. Kalau ada lagi, I’ll update.

So, memula masuk pagar uitm, polis bantuan akan lead korang ke padang kawad. Then park your car there n naik bas bersama family and you things (That’s why better bawak sikit barang time ni). It sounds leceh tapi tu pun untuk mengelakkan kesesakan kenderaan di kolej. Then, korang kene naik bas ikut gender. Yang perempuan ke kolej Mawar, lelaki ke kolej Perindu. I dont know kalau ade perubahan time korang nanti


Pasal kolej pulak. Hmm.. I only know about kolej Mawar and Melati. Bile cakap pasal kolej ni, all I can say is, Kolej Palam memang terbaik.

Kolej Melati and Mawar
____________________________________
Kolej Palam
____________________________________
Sistem bilik (2 orang/4 orang)

Sistem rumah (8 orang satu rumah, 4 bilik)
Setiap aras ada lebih kurang 50 bilik

Setiap aras ada 10 rumah (kalau tak silap)
4 bilik air setiap aras (8 shower, 8 toilet / 16 shower, 16 toilet)

1 Bilik air setiap rumah (3 rooms ; toilet, shower, toilet and shower)
Wi-Fi (hanya berberapa bilik yg kene coverage die)

LAN internet
Takde

Ade zamri_temp
4 blok (2 blok untuk bilik 2 org ; 9 tingkat ada lift, 2 blok utk bilik 4 org ; 4 tingkat tak ada lift)

6 blok (Raff)(8-9 tingkat, semua ada lift)
Tingkap nako

Tingkap moden
Lantai simen

Lantai mozaic
Mesin basuh setiap DUA blok, ada EMPAT mesin, 2 dryer

Setiap SATU blok, ada 5-6 mesin basuh


Yuran degree, I think uitm is the cheapest, around RM620 per sem. Kolej, 2 orang sebilik RM400, 4 orang RM200 per sem.

Hmm.. Ape2, persoalan, boleh drop komen or email me J




Friday 15 August 2014

UiTM Shah Alam , wait for me!

So the upu result came out on 12th august n guess what.... my first choice is chosen!! 

Aku dpt further study kt UiTM Shah Alam in Mechanical Engineering.



Alhamdulillah.. Berita gembira lagi ialah another 2 girls of my classmates dpt sama u n course with me! Haha.. They are

Tini :

Eka :


Aku rasa bersyukur gila la.. at least time MDS nnt xde la tercangak sorg2 baru nak cari kwn.. Tpi, i am open utk kenal dgn kwn baru :D 

n aku dpt Shah Alam instead of Penang. Penang ada apaaa.. Better Shah Alam. Tapi, bile pikir2 balik, rasa mcm sume tmpt kt KL Selangor ni aku dah jelajah. Maklumlah 2 tahun di Seseri, 1 tahun di UiTM Puncak Alam. Tambah2 lg, time dok Puncak Alam tu, punye la ligat keluar sini sana siang malam. Haha

Degree ni 4 tahun tau.. Fuhh lama btoii..

Ni plan struktur course kejuruteraan mekanikal ni. Aku pon tak bape paham sangat....

Nanti dah masuk UiTM Shah Alam course Mechanical Engineering ni n kolej, I'll tell u more, sbb aku pon ada buat research psl bnde ni kt google, tp xbyk

So, MDS.... haihhh.... k tak mau mengeluh.... lets enjoy ourselves! n dont forget Allah! Huhu

My Housemates, R2403 :
Fagha - UiTM S. Alam (Civil eng)
Mey - UMP (Chem eng)
Hana - UKM (Electrical eng)
Fisha - UiTM Kuala Pilah (Math Comp eng)
Kamisah - UiTM S. Alam

My Classmates, P5 :
Ziera - UTM (Nuclear eng)
Nina - UMP (Mechatronic eng)
Tini - :D
Eka - :D
Farizul - UTM (Petrol)
Zikri - UTM (Petrol)
Fikri - UiTM S. Alam
Ammar - UMS (Geology)
Zhafran - UTM (Lupa)
Ifwat - UTM (Mechanical)
Syameel - UTM (Mechanical)
Azfar - UTM (Nuclear)
Daus - UTeM (Mechanical eng)
Arip - UMP (Mechanical eng)
Nizzan - UPM (Comp eng)
Mirul - UKM (Comp eng)
Munir - UPM (biosystem)
Wafi - UTHM

Monday 17 March 2014

Asasi Kejuruteraan UiTM Puncak Alam

Memandangkan life aku sebagai pelajar asasi UiTM dah nak tamat, rasanya dah cukup layak untuk membuat kesimpulan tentang kehidupan di sini.

Maka, setelah tercungap-cungap aku mendaki tangga palam a.k.a tangga batu cave hampir setiap hari untuk menuntut ilmu, kini hampir sampai penghujungnya. 



Ni gambar dulu2. Pasai sekarang dah ada bangunan yang akan block view ni. Nanti la bile2 aku ada masa, aku kasi masuk gambar2 area UiTM ni.

Meh aku cite introduction dulu. 

Mula2 aku dpt tawaran UPU kat sini, rasa bercampur baur. Best sebab asasi, so cpt habis (skrg rasa mcm nk extend masa lg), xbest sbb UiTM. At first, aku rasa mcm masuk UiTM ni mcm xglemer, ntah la, dulu aku nmpk buruk je UiTM ni. Tapi sekarang, I was totally wrong!

First masuk Palam, dari arah Rawang, mmg hutan. Oh tidak! U ni kawasan pedalaman. Dikelilingi hutan kelapa sawit. Tapi, bile dah pi outing... Oohhh.. Ada mall rupenye.. High standard lagi tu. Located kat Setia Alam. Kalau naik bas U90, ada la dlm 20 minit. Tp kalau naek keta dlm 15 minit (pasai selalu dok sewa keta. Huhu)

Ni ha Setia City Mall (SCM)



Mmg cun ah! Harga dia pon cun! Dalam ni ada Big Apple, Seoul Garden, TGI Friday, KFC (mmg sebut semua kedai makan je kan) and many more..

Aku rasa kalau nak cite pasai UiTM Puncak Alam, blog lain pon ada byk cite.

http://eyjalukman.blogspot.com/2012/05/i-is-loving-asasi-uitm-puncak-alam-p.html
http://sweetascupcake.blogspot.com/2013/04/pengalaman-di-uitm-puncak-alam.html
http://dyanadyone.blogspot.com/2011/01/panorama-sekitar-kawasan-kampus-uitm.html
http://balqishnurani.blogspot.com/2013/01/mari-explore-uitm-kampus-puncak-alam.html

N byk lagi blog lain2. Tapi, most of the blog yang wujud kat google search ni, Asasi Sains right. That is simply because, pelajar asasi sains jumlahnya lebih ramai daripada asasi kejuruteraan. Nisbahnya, 3:1. Kalau total ada 3000++, asasi kejuruteraan ada dlm 700++. Tmbah lagi, budak engine ni, jenis simple, xde nak buat2 blog. Cume aku ni je yg mmg dari kecik suke buat diari. Dah terbiasa.

So, kat page ni, aku nak cite pasal Asasi Kejuruteraan.

Asasi kejuruteraan Palam, mostly pelajar lelaki. Dalam satu kelas kejuruteraan ada lebih kurg 26 org. Sains ada lbh kurg 30 org. N kitorg terbalik. Engine, 7 perempuan, the rest lelaki, sains 7 lelaki, the rest perempuan.

Sebelum aku masuk palam ni, kan aku sekolah SESERI. Die mcm kontra sket la. Time kat seseri, semua perempuan, kat sini banyak gile laki. 

Pasal subject yg dipelajari. Ada Math, Physics, Chem, Computer Science. Kalau Asasi Sains, depa ganti Computer Sains (CSC) tu dgn Biology. Ada tmbah lagi dua; English n Pendidikan Islam.

Overall, semua ni ulang SPM je. Ada tambah sikit2 je. So, better korg jgn lupa apa yg dipelajari time form4 form5. Kalau da ada basic, senang korg nak dpt 4flat. 

#include<stdio.h>
int main()
{
int age;
printf("\nUmur awak berapa?\n");
scanf("%d", &age);
}




Haha nak belagak sikit kat budak sains. Ni contoh programming simple. Ni bende basic korg akan belajar kat CSC nnt.


Most of engine students bg alasan masuk engine sbb nak elak Bio. Bio kan keje die faham n menghafal je. Tapi, bile korg masuk sem 1, CSC n Bio xde bezanya. Menghafal jeeee....... =..= Waktu Sem 1, korg akan belajar fakta tentang computer, wifi, blablaaa.... So boringgg..... Yet, informative. Tapi untuk aku yang kurang suke membaca lately (dulu aku kaki novel, tp skrg ntah la), akan rasa beban utk faham mahupun menghafal segala facts tu....


Tapi, CSC sebenar adalah bile masuk Sem 2. Time tu baru korg belajar programming. Tu pon baru basic programming. Korg akan nampak betapa seronok n mencabarnya programming tu. Ada assignment CSC yang membuat org tak tido malamn dan juga menjadi GILA. Serius, korg akan hadapinya sem 2 nanti. Lain la kalau korg power gile buat programming.

Kebanyakan budak Sains anggap matapelajaran Bio lebih susah daripada CSC, n anggap Asasi Sains susah daripada Asasi Kejuruteraan. Let me correct this. Asasi Sains, I can say, diorg dah ada basic Bio wkt SPM, so its just the same. Aku, pon ada basic Bio masa SPM, n skrg aku belajar CSC dlm engineering. My opinion is, dua2 sama je susah. Jangan ingat Asasi Sains lagi susah, n calang2 org je boleh masuk asasi sains n success. Nope.

Tambahan pulak, tak banyak org ambik subjek IT masa SPM. So, most of us tak ada basic Computer. Technically, kitorg lg susah dr Asasi Sains sebenarnya. However, depends on individual jugak la.. as for me, dua2 susah! Haha

And, kalau korg nak differentiate girl ni Science or Engine, sng je. Guys from engine selalu dok hegeh kat girls Science. I ask them why : Girl science pandai bergaya, x mcm engine, selekeh je. Girl science feminine gitu, engine mcm ganas2 xsenonoh ah perangai diorg. Whereas, guys Science mcm nerd, pemalu gitu. Guys engine bajet hot, gaya perhh mcm kpop celebs. It is definitely not all, sbb each person ada personaliti masing2. 

So, to be concluded, engine ni santai, esok test, mlm ni baru start study. Budak Sains rajin study. Walaupun, byk depa, budk Sains ngaku diorg malas, byk lagi tak cover, sbnrnya malas diorg sama ngan rajin kitorg  ._. But ya, again, not all. Majoriti je.

Buku yg digunakan (Sem 1 + Sem 2) :

Suggestion pembelian :

Physics vol 1,2. Buku ni nak gune no pe tah kt 1st page tu utk buat mastering. Mastering tu online assignment. Buku ni jugak lecturer gune dlm lecture hall n tutor room. Tutor room tu, students akan bt soalan, bincang ngn lecturer.




Chemistry vol 1, vol 2. Buku ni pon nk gune no pe tah kt 1st page tu utk bt mastering. Tapi, selain drpd tu buku ni xbrape berguna dlm p&p sbb lecturer akan kasi notes yg lbh simple, n tutorial plak bkn dlm buku ni, tp dlm buku Chemistry Workbook. (Phy xde workbook)

Chemistry Workbook. Kene beli satu at the beginning of every sems. Wajib! Buat latihan dlm tu, wkt kuliah xyah bwk buku ni, wkt kelas tutorial je.

Mathematics 1&2. Saranan aku, xyah beli. Xgune langsung. Tapi, kalo nak beli, beli la. Notes, lecturer bagi. Latihan, ada buku Math lain yg kene beli.

Math Tutorial. Kene beli satu at the beginning of every sems. Wajib! Buat latihan dlm tu, wkt kuliah xyah bwk buku ni, wkt kelas tutorial je.

CTU (Pendidikan Islam). Kene beli. Yang ni, depends on lecturer die nk pkai buku apa. CTU xde lecture. So, every tutorial class, kene bawak lah

ELC (English). Kene beli. Yang ni, depends on lecturer die nk pkai buku apa. ELC xde lecture. So, every tutorial class, kene bawak lah. 1st sem, akan dpt buku MUET. Belajar MUET, nnt cuti sem, exam MUET kt negeri masing2. RM30+RM+-30

CSC (Computer Science). Kene beli dua2 sem. 1st sem, buku tu akan dipenuhi dgn highlight ink, mcm buku bio, sbb mmg notes semata-mata. 2nd sem, best sket. Programming. 







Lab Manual Phy, Chem, CSC. Phy, Chem kene beli. Setiap sem. CSC, ikot suke la, coz time aku jarang gile pkai buku ni. RM+-20 each. Darab 2. Every sem, RM+-40.

Lab Coat. Kene beli. RM50.

Pasal sume pembelian ni. Jangan risau. Alert dgn pemberitahuan2 yang ada melalui pelbagai medium, such as papan kenyataan, FB group asasi, lecturer, berkenaan pembelian ni. Org yg jual semua ni akan dtg Palam pd waktu2 yg diberitahu nnt.

The end of Asasi UiTM 13/14 getting nearer..... :(

Welcome back!

Fuh lama gila tak belagha kat sini. 

Last entri kat blog ni adalah waktu mula-mula masuk Palam, and now I am about to leave UiTM Puncak Alam T.T

Indeed. Recently, day by day, lecture by lecture, Lecturer ckp at the end of pengajaran, 

          "Okay, da habis syllibus kita. Kalau ada salah silap mintak maaf ye".

I live in Palam, started from 6th Feb 2013 until 3rd April 2014 (last final exam paper). So, tak sampai setahun lah aku jadi pelajar asasi kejuruteraan kat UiTM Puncak Alam ni. Even aku berkawan dgn ahli-ahli P5 and housemates tak sampai setahun, aku rasa mcm diorg dah jd sebahagian dr keluarga aku. 

Aku sayang P5 and housemates.

Serious aku rasa mcm nak repeat jadi student asasi palam balik. Hmm... From today, aku hanya ada 2 minggu lebih untuk spend time dgn budak2 ni (insyaAllah kalau umur panjang). 

My Classmates :


It would be my pleasure to introduce them to you ;

Top, from left - prof AF, jujud, fikri sombong, ifwat jika apa, faiz, syameel, mirul yon, munir omey, syamim, muhammad budak kecik

Middle, from left - arif *malu, nizzan cikgu P Ramlee kecoh, Wafi selfie, Pidooz class rep, Zikri anime tomboy, zhafran misai, master Farizul

Bottom, from left - me, nina photogenic, thiah kenit, mira chipmunk, eka penyu, ziera kucing, azfar jepor playboy, ammar bebikai curly2


Gambar ni diambil waktu trip kelas ke Sunway Lagoon. Entrance die dlm RM90, tp kitorg kene bayar RM40 je sbb UiTM support RM50. Mmg UiTM support setiap group asasi RM50 untuk buat trip kelas. Baik kan, UiTM? Hahaa.. 

Sepanjang aku dok kt sini, tak terkira lah berapa kali aku kuar. Ssshhhh.. Haha.. Sewa kereta. Kalau dlm keta tu ada budk laki yg ada lesen keta, diorg la drive (ego seorg laki muda). Kalau tak, mmg aku la drive. Pusing2 KL, Selangor. Lepas dah drive kt KL.. Hahaa... Viva? Myvi? Alza? No hal. *riak. tak baik. take note

Since aku nak abis asasi dah, dah kene prepare untuk isi UPU untuk degree pulak. Degree?? Aku masuk nak masuk degree?? Serius susah nak percaya. Hahaa.. InsyaAllah, kalau layak n ada rezeki, masuk la aku ke degree. 

Persoalan yang bermain-main di mindaku tika ini : Nak pilih apa untuk UPU. Haihhh.... Kene pikir lagi. Hari tu punye SPM punye buntu, confuse nak pilih apa pn masih terkesan dalam ingatan, ni dah kene ini lagi untuk UPU pulak. Serius kene isi betol2. Tak mau menyesal di kemudian hari. Degree kott...

UTM? UiTM? UMP? UM? Argggghhhh! Kusut! 

Maka, tempat yang paling tepat untukmengadu : Allah SWT. Mintalah petunjuk dari Allah SWT. Sesungguhnya Dia maha Mengetahui segala sesuatu.

Sunday 9 June 2013

MINGGU DESTINI SISWA (MDS) UiTM PUNCAK ALAM

Sudah 5 hari bermalam di Kolej Rafflesia 2 UiTM Puncak Alam. Alhamdulillah... Selesa, gembira dan tiada masalah. I think, Kolej di UiTM Puncak Alam adalah antara kolej yang paling selesa antara semua Universiti di Malaysia ni. In this post, I'm not going to elaborate the furniture and facilities available there, but my experience through out the MDS.

 My registration time is on 2nd June 2013, 2.30pm-4pm, but I arrived there at 10.30am to get a nicer block and lower level of house. Well, nice block I meant is near to all facilities, tangga maut, and of course cafe. Haha.. However, each block has pros and cons each. Later, k.

We were told to be gathered at 3.30pm on that registration day. I am also wondering why they have to be in such a rush.They can start the MDS at least by that night. Since that 3.30pm,we didn't enter our room until 1.15am. Then, we ere told to be gathered on the following week at 5.00am.

2nd Day : This whole day, we did a registration to be a student of  UiTM Puncak Alam. This process took about a day because we are about 1500+. At this point, you will have to give all the forms that you printed (maklumat pelajar, medical check up form, KPT form and lot more).


3rd Day : I had a very tight sleep last night! Thats normal after a tiring day yesterday. We attended 5 Talks today. Well, its unbelievable. I took a cup a coffee during breakfast, however I still sleep during all five talks. Haha.. The talks are : HEP, Pusat Islam, Disiplin dan Keselamatan, Kolej dan Akhlak.

4th Day : There were about 3 talks if I'm not mistaken on this day : Akta 174, bla..bla... Akak n abg SDK (Sahsiah, Disiplin dan Keaselamatan) 'merajuk' ngan kitorg lah pulak..Hmm....

5th Day : Majlis Penutupan Minggu Destini Siswa. Kitorg stay PALAM, tp tgk 'sepatah dua kata' dari Naib Chancellor live from UiTM Shah Alam. However, ptg n mlm tu masih tak boleh masuk blik coz ade lg aktiviti MDS. Haiissyy.. Sayang betol akak2 and abg2 PM(Pemimpin Mahasiswa) ni nak lepaskan kitorg. Huhu..

For me, the climax is during the 5th night. Majlis Penutup yang betol2 punye between student asasi UiTM Puncak Alam dengan akak2 and abg2 PM. Kitorg gathered kat Padang Kawad blkg R2, some student asasi buat persembahan : Parody MDS, Nasyid, nyanyi lagu Shila Amzah "Memori Tercipta". PM pon  buat persembahan jugak.

So, thats the end of MDS 2012/2013.

On Friday, Kitorg ade taklimat Asasi. Better korg focused on this taklimat k. Ada ckp psl cuti, exam, daftar khusus, jadual kuliah and so on. Kitorg mcm dah tak tentu arah bila PM dah tak de nak bg tau kitorg nak buat ape lepas ni and so on.

So, bermulalah kehidupan kitorg sebagai mahasiswa mahasiswi penuntut UiTM Puncak Alam!

Wednesday 22 May 2013

SETEM HASIL

I will get RM1250 allowance per semester. There are two semesters for Engineering Foundation in UiTM Puncak Alam.

To get that amount of allowance, u need to fill a few forms and follow few steps. One of them is Setem Hasil. Not many know how to do it.

Easy..

1. Make 3 copies of Borang Perjanjian Program Asasi IPTA. If there are five pages, copy all of them in 3 sets.

2. Fill all the informations, except tarikh perjanjian. Nombor rujukan, usha surat tawaran elaun tu, penjuru kanan.

3. Go to Lembaga Hasil Dalam Negeri. (a.k.a Wisma Hasil in Ipoh)

4. Go to Kaunter Pertanyaan. Orang tu akan bagi sehelai kertas. Pandai2lah isi, tanye org tu kalau xfaham.

5. Dapatkan angka giliran (kalau ada)

6. Go to Kaunter Orang Awam or any any counter instructed, when your number is called.

7. Let them do their job. Pay the RM30. DONE!

Anda akan dapati cop HIJAU di penjuru kanan setiap set perjanjian tu.

Tuesday 14 May 2013

KEHIDUPAN DI SM SAINS SERI PUTERI (SESERI)

Mungkin ada adik-adik yang akan ditawarkan ke tingkatan 4 di Sekolah Menengah Sains Seri Puteri atau dikenali sebagai Seseri mencari-cari entri berkenaan Life in Seseri. Yelah kan, nak survey awal-awal sama ada sesuai dengan diri atau tak, adakah membuat keputusan yang bijak untuk menerima tawaran tersebut dan sebagainya. Persoalan tersebut juga ada terukir di minda aku ketika aku mula-mula ditawarkan ke Seseri.

Maklumat rasmi :

Terdapat 1 jantina : Perempuan sahaja. 
     Cikgu lelaki hanya ada 4 orang kalau tak silap. Driver bas lelaki 2, Pak Cik Dewan Makan dalam 5-6 orang, pekebun, kerani dan lain-lain. Jangan risau, masih terdapat lelaki dalam sekolah itu, bagi mereka yang merasakan sekolah satu jantina ini menjadi masalah.

Hanya ada 2 tingkatan :- Tingkatan 4 dan Tingkatan 5
     Jadi, pelajar tak ramai. Banyak kelebihan belajar di tempat yang tak banyak jumlah pelajar. Mula2 masuk jadi junior, then next year terus jadi senior.

Setiap tingkatan ada 8 kelas :- Adioda, Bakerara, Catleya, Dorisia, Eliara, Fialara, Gastisia, Helpilia
     Waktu korang mula-mula daftar form 4, korg main masuk je kelas mane-mane. So, jgn sedih kalau dapat kelas Helpilia sekali pun. Tapi, bile form 5, akan ada rombakan according to your final exam result. Tp, wkt aku form 5, hanya 2 kelas yg ikut ranking (Adioda and Bakerara), the rest main masuk je.

Rumah sukan ada 4 :- Oncidium, Dendrobium, Epidendrium, Brassidium  
     Seseri tak ada rumah biru. Don't know why. Just imagine yourself in Harry Potter's world. Huhu.. You will be sorted into your house (no sorting hat of course), that house represent rumah sukan and lot more. Luckily, u r free to sit in the dining hall with anyone you want to and not according to house like in Harry Potter movie. Onci and Brassi have 5 dorms each while Epi and Dendro 4 dorms each. You will know why there are different number if dorms in each houses if you read more.
   
Jadual Harian : 

 Isnin - Jumaat 
6.50pagi - Kosongkan asrama
 7.10pagi - Perhimpunan pagi
7.30pagi - Start P&P
2.30ptg - Habis P&P. Lunch (lunch dari 2.30pm-3.00pm)
3.30ptg - Prep petang
4.30ptg - Habis prep petang. Minum petang. 
6.30ptg -  Masuk DM (Dewan Makan) untuk dinner.
7.00mlm - Ready kat surau.
9.00mlm - Prep malam
11.00mlm - Habis prep. Supper.

Sabtu
7.00pg - Breakfast (until 8am)
9.00pg - Prep pagi
12tgh hari - Habis prep. Lunch (lunch until 12.30pm)
4.30ptg - minum petang
6.30ptg - dinner
7.00mlm- ready dlm surau
9.00mlm - Free time 
11.00mlm - Supper

Ahad
7.00pg - Breakfast (until 8am)
9.00pg- Dorm inspection
12tgh hari - Lunch (until 12.30pm)
4.30ptg - minum petang
6.30ptg - dinner
7.00mlm- ready dlm surau
9.00mlm - Prep
11.00mlm - Habis prep. Supper

Waktu Call : 
I think cume sekolah ni je yang ada masa call.. I dont know. So, hafal ye waktu call ni adik2. Haha...
Isnin - Jumaat : 4.30ptg - 6.00ptg, 11.00mlm- 11.20mlm 
Sabtu : 12tgh hari - 6ptg, 9mlm-11.20mlm
Ahad : 9pg - 6ptg, 11mlm - 11.20mlm 

Waktu Melawat :
Sabtu dan Ahad sahaja. 12.00pm - 6.00pm




Maklumat tak rasmi :

Soal seniority. Well, you are lucky because you were born after 1994. The seniority concept has lessen. Thats what I observed based on the stories that my seniors told me and also my friends from other schools. So, korang tak perlu risau dibuli sebab senior kat seseri okay and tak garang apatah lagi nak buli korang.


Dinner kat sekolah ni formal tau. Kene masuk Dewan Makan serentak because there will be a warden join you all during the dinner. Pakaian : Baju kurung dan kasut hitam sarung, tak pakai stokin pon tak apa.


Pakaian kat sekolah ni, simple. 

Waktu persekolahan, macam sekolah biasa. Uniform sekolah. 

Time prep petang dan prep pagi sabtu, pakai t-shirt warna kuning, tudung hitam style butterfly, anak tudung wajib but any colour that you like, sock whatever colour, singlet, kasut sukan. 

Time prep malam, baju kurung suka hati (tudung diwajibkan sejurus kita keluar dari dorm), tak pakai stokin tak apa, kasut sarung hitam, anak tudung dan singlet suka hati nak pakai atau tak.

Prep petang Rabu pakai t-shirt warna purple and len2 macam prep petang biasa. T-shirt tukar colou saja.

Pendidikan Jasmani pakai T-shirt putih for the whole day. Tak perlu tukar2.

Baju batik akan digunakan untuk outing dan pulang bermalam.

 
Public phone ada 17 rasanya. Guna syiling ada 12 (Hello), guna kad ada 5. Yang kad tu guna i-Talk. Bagi mereka yang tinggal luar dari KL, I suggest you guys to use i-Talk because Hello guna nombor tempatan. So, charge lebih murah untuk nombor tempatan, means Hello 03-xxxxxxxx, akan murah gile untuk call 03-xxxxxxxx tapi mahal untuk call contohnya 05-xxxxxxx. i-Talk gune nombor phone, so call mane2 pon, sama ja.


Supper ni bermula dari tahun 2012, adalah diwajibkan. Bertujuan untuk mengelakkan pembaziran makanan memandangkan ramai yang skip supper kerana berdiet. Huhu.. Tapi tak tahulah kalau tahun korg nnt dah xde rule ni.

Hantu?? Emm..I think kat mana-mana pun ada hantu. During my time, cerita hantu sikit2 je. Tak teruk sangat. Yes, Seseri ni ada sejarahnya yang tersendiri. Kalau nak tahu, on the way nak naik pejabat, korang akan nampak gambar dalam frame. Bacalah sendiri. According to my teacher, she said that jalan kecik kat belakang sekolah tu (masih dlm kwsn sek), adalah jalan utama penduduk situ ketika zaman dahulu kala.

Yuran kene prepare at least RM1000 for the whole payment waktu tingkatan 4. Yuran makan untuk anak kpd parents gaji below RM5000 ialah RM 300 lebih. Gaji lebih RM5000,bayar RM700 lebih. Pakaian, dobi, cadar, selimut, dan bermacam-macam lagi. Yang lain-lain tu macam sekolah biasalah, PIBG, majalah and so on.

Cikgu-cikgu Seseri seriously baik and best but, not all, majority of them, yes. 

Banyak gile aktiviti sama ada peringkat sekolah, daerah, negeri, kebangsaan mahupun antarabangsa. Sekolah ni aktif dalam melibatkan pelajarnya dalam aktiviti koko.Thats why tak akan ada pelajar seseri yang tercicir masuk U pasal depa aktif. Setiap tahun, akan ada yang pi Indonesia, Korea, Australia, Thailand dan lain-lain.

Korang akan dapat kawan yang gile, yang memang cocok dengan korg sbb you 24-hour with them.

Dorm Onci dan Brassi ada 5, dua buah yg besar2, lagi tiga kecik2. Dorm Dendro dan Epi ada 4, semua besar2.  Setiap dorm menempatkan antara 16-26 orang. Katil double decker.

Sesungguhnya, sekolah ni memang antik. Keantikan tu dapat dilihat di bangunan pentadbiran dan bangunan tu memang lama dah berdiri di situ. Tapi, korang akan dapat a very nice view from the inside of the school. Believe me... :)

Outing sebulan sekali. Tarikh dah ditetapkan. I think, antara banyak-banyak SBP, Seseri punye outing paling best! Yeah, we're located at the heart of KL,girls! Yela, I am not a KL-ian. So, I use this opportunity  to travel around KL as much as I like to. 

Pulang Bermalam also sebulan sekali. We've got Hentian Putra just around 2KM from the school for those yg rumahnya belah Pantai Timur. Yang dok Utara, Selatan, korang naik kat Pudu or Duta. Tapi, nak pi Pudu lagi senang dan murah daripada nak pi Duta.


Nak tanye apa2, silakanlah.. 

Nah, ni entry lain-lain untuk adik-adik rujuk :
http://nisdebeauty.blogspot.com/2011/02/hari-pendaftaran-seseri.html
http://ainshazreen.blogspot.com/2010/01/sm-sains-seri-puteri-kl-seseri.html