Saturday 23 March 2013

OH SEKOLAH ASRAMA...

Alhamdulillah.. Aku mendapat 5A dalam UPSR. Aku ditawarkan ke Sekolah Raja Perempuan Taayah ketika tingkatan 1. Tanpa berfikir panjang, aku terus bersetuju. Maka, bermulalah kehidupanku sebagai pelajar asrama.

Pada 'malam pertama' aku di sekolah itu, aku menangis kerana rindu yang membuak-buak terhadap ibu bapaku. Entah kenapa rasa itu betul-betul mengganggu fikiranku. Setelah dua minggu bersekolah di situ, di mana hampir setiap hari ibu atau ayahku berulang alik melawatku, aku demam.

Setelah hampir sebulan, akhirnya aku kalah. Aku keluar dari sekolah itu dan menyambung pengajian di sekolah harian biasa. PMR berlangsung di sekolah harian yang dinamakan Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan Hulu. Kejayaan mnyebelahiku lagi dengan mendapat 8A dalam PMR.

Sekali lagi aku ditawarkan ke sekolah berasrama iaitu Sekolah Berasrama Penuh (SBP)pula. Pada mulanya, aku hanya main-main mengisi borang online SBP itu kerana kawan-kawanku semua lakukannya. Aku tidak mengisi borang MRSM kerana aku memang tidak mempunyai niat untuk tinggal di asrama.

Suatu hari,aku mendapat surat 'URUSAN SERI PADUKA BAGINDA'. Hah..Sudah..Aku ditawarkan ke Sekolah Menengah Sains Seri Puteri, KUALA LUMPUR! Oh tidak...Jauhnya...Lebih kurang 500KM dari rumahku. "Tak, tak nak pergi" , aku sudah bernekad, lalu masuk ke bilik. Tetapi satu suara menjengah ke telingaku, "eh, sekolah berasrama penuh ni, kat KL pulak tu." Itu adalah suara ayahku. Suaranya begitu bangga mendapat tawaran itu. Setelah berfikir panjang, akhirnya aku menjejakkan kaki di bumi SESERI.