Monday 29 April 2013

KELEBIHAN DAN KEKURANGAN UNIKL-FIST(engineering)


Okey, yang ni memang copy paste : Credit to Foundation UniKL Facebook Group

KUALA NERANG


UniKL xde MQA? Perlu MQA tak?
UniKL tak perlu MQA, mahu MQA? sila ke Universiti lain
Hampir keseluruhan program di UniKL telah di akreditasi oleh MQA, kecuali program baru yg perlu ambil masa, semua benda ambil masa sbb kita bukan di syurga, jgan risau masa interview minta kerja, dia tak tanya pun ada MQA atau tak

Graduan UniKL bernaung di bawah MSET=Malaysia Society of Engineering Technology

Graduan UniKL tak boleh join BEM=Board of Engineer Malaysia?
Tak perlu dan tak penting, BEM utk Engineering pure, UniKL adalah Engineering Technology

Engineering VS Engineering Technology, apa tuh?


Engineering = baca buku, hafal buku, telan buku dan tgok lecturer/technician buat demo dlm class/lab/workshop

Engineering Technology = baca buku, tgok lecturer/technician buat demo, lepas tu try sendiri dlm class/lab/workshop utk dpt pengalaman

Belajar macam mana?
belajar sama macam matrik belajar juz kurang sikit pada diorang. foundation lbh kpada softskill. byk projek bkn skadar bca buku ja. sbb 2 silibus d kurangkan. tapi utk pelajar biologi, anda belajar detail lgi berbanding matrikulasi. 10 bab sem 1 dan 13 sem 2.

Makan minum macam mana?
makan minum free.5 kali sehari.kalau lapar jugak boleh pergi cafe mak lang
tak pun korang boleh borong kat koop yang lebih dikenali sebagai 7E

Mana best antara UniKL dgn Universiti lain?
Tak ada universiti yg best dan tak ada universiti yang tak best, semua ada kelebihan & kekurangan.tapi bagi kita orang UniKL is the best la.

Dapat biasiswa tak? Kene buat loan tak? MARA ke PTPTN?
Biasiswa? 
Foundation UniKL : Ya, dapat MARA dgn syarat2 tertentu.bantuan penuh RM3200.
UniKL : Tidak, kene buat loan

Loan? Yes
Loan MARA utk UniKL
Loan PTPTN utk IPTA

STUDY CEMERLANG, BAYAR KURANG,
MALAS STUDY, BAYAR LA PULUH-PULUH RIBU LOAN

Boleh mintak wang loan pendahuluan dr MARA utk bayar yuran pengajian

Campus UniKL mana best?
Sila masuk UniKL atas dasar minat kpd course bukan sbb campus best, hostel, pakgad baik, lecturer mana garang, jika tidak, sila ke Universiti lain

Link utk senarai Campus UniKL

Hostel mana best?
Hostel best atau tidak bergantung kpd penghuni hostel tu. kalo hostel UniKL tu dibuat di Palace of Golden Horses tp perangai penghuni hostel mcam beruk hostel macam istana pon boleh jd pusat pembuangan sampah, nak senang? duduk rumah atau sewa luar

Sem 1 wajib duduk dalam hostel, next sem ikut anda

Boleh fly tak kalau masuk fist??
boleh fly tapi tu pun kalau dapat tawaran fist aust,uk,vinayaka la.
Course apa best?
Suma course best, suma course bleh dapat kerja, kalo tak buat apa bukak course tu?

Link utk senarai Course di UniKL, click ikut campus & level pengajian 

Dapat kerja tak lepas belajar UniKL?
Graduan universiti/kolej mana yg tak dapat kerja?

Sijil Foundation boleh apply mana?
Lepasan Foundation boleh sambung di UniKL & mana2 IPTS yg iktiraf Foundation spt UTP MSU UNITEN AUCMS CUCMS dan mna2 U yg ada link dgn MARA, tetapi sila buat permohonan sendiri, kalau berminat nak sambung di IPTA. Tak semua IPTA yg iktiraf sjil foundation unikl, just try your luck.

Link utk program foundation

More details about UniKL : http://www.unikl.edu.my/index.php/home
Details about Kolej MARA Kuala Nerang: http://www.mrsmkm.edu.my/knerang/#
Deatils about Foundation in KMKN : http://www.mrsmkm.edu.my/knerang/unikl-home.php

MUET required for Bachelor in Engineering Technology?
download pdf file for more info:

Jika ada kesalahan/pembetulan/penambahan sila inform saya
-Admin-

Created by:
Mohd Firdaus Bin Mohd Isa
3rd Batch Foundation UniKL, Kolej MARA Kulim
Institute Product Design and Manufacturing, Universiti Kuala Lumpur (UniKL IPROM)

Additional Note :

BEM’s primary role is to facilitate the registration of engineers and regulate the professional conduct and practice of registered engineers in order to safeguard the safety and interest of the public.


Yuran setiap semester kurang daripada RM1000.

KELEBIHAN SBP & MRSM


Sekolah Berasrama Penuh (SBP) merupakan kumpulan sekolah menengah perdana dikhaskan untuk pelajar-pelajar yang mendapat keputusan cemerlang di dalam UPSR dan PMR. Tujuan asal penubuhan sekolah jenis ini ialah untuk memberi peluang kepada pelajar bumiputera di luar bandar. Ini adalah kerana pada awalnya, sekolah berasrama hanyalah sekolah berasrama Inggeris / ala Inggeris (seperti Kolej Melayu Kuala Kangsar) yang terhad kepada anak-anak Raja dan orang kenamaan sahaja. Namun kini, semua sekolah berasrama penuh adalah sama dan terbuka kepada semua warganegara Malaysia.

Di sekolah berasrama penuh waktu belajar telah diatur oleh pihak sekolah dan setiap pelajar perlu mematuhi jadual tersebut. Inilah satu keunikan kehidupan sekolah berasrama penuh dibandingkan dengan kehidupan pelajar di sekolah harian biasa. Pada setiap tahun, sudah menjadi tradisi setiap sekolah berasrama penuh untuk bertanding di Hari Kecemerlangan Sekolah Berasrama Penuh (HKSBP) bagi merebut Piala Perdana Menteri.

Maktab Rendah Sains MARA atau MRSM merupakan sejenis sekolah berasrama penuh yang dibina oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) hampir di setiap negeri di Malaysia. Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) telah ditubuhkan di bawah Akta Majlis Amanah Rakyat Bil. 20 Tahun 1966 sebagai satu usaha untuk mencapai matlamat MARA dalam bidang latihan dan pendidikan. Mara merupakan badan berkanun mempunyai sistem kewangan yang tersendiri bagi membantu menjayakan pendidikan dan pembangunan usahawan di kalangan Bumiputera.

Aku pernah menuntut di salah sebuah SBP di Malaysia ini : Sekolah Menengah Sains Seri Puteri (SESERI). SESERI adalah salah satu daripada sekolah yang mempunyai pelajar semua perempuan dan hanya ada pelajar tingkatan 4 dan tingkatan 5 sahaja.

Stay kat SBP dan MRSM ni sebenarnya banyak faedahnya. Antaranya : 
______________________________________________
Asrama : Jangan risau, hampir di setiap SBP ada televisyen, komputer, Wi-fi, dan pelbagai bahan hiburan. Cuma, penggunaannya terhad sahaja di mana kebiasaannya hanya pada hujung minggu sahaja boleh digunakan. Oleh sebab itu, pelajar tidak akan leka dengan hiburan.
_____________________________________________
Prep : Kebiasaannya, prep berjalan pada waktu petang selepas waktu persekolah dan waktu malam. Prep ialah waktu yang disediakan untuk pelajar khas untuk mengulangkaji pelajaran atau menyiapkan kerja sekolah. Jadi, pelajar akan ada waktu yang khusus untuk belajar.
_____________________________________________
Guru Cemerlang : Kebanyakan guru cemerlang di Malaysia akan ditempatkan di SBP dan MRSM. Maka, pelajar akan merasai cara pembelajaran yang lebih efektif.
______________________________________________
Pelajar cemerlang : Di sekeliling anda adalah pelajar terbaik UPSR (5A) dan PMR (8A). Jadi, andai kata anda tidak memahami sesuatu topik yang diajar dan malu untuk bertanya kepada cikgu, maka rakan-rakan di sekeliling anda bersedia membantu anda.
_____________________________________________
Lasting Friends : Anda luangkan masa 24 jam bersama rakan anda. You also know their behavior. So, you guys would be a true BFF. Believe me. Among all the schools I've been to, I got closest friends in SESERI.
_____________________________________________
Spirit : Kat sekolah lama dulu (sekolah harian) koranglah conquer top 5, kan. Tapi, kat SBP ni, tak tentu lagi tau. Jadi, tentu menjadi kejutan budaya tiba2 dapat nombor puluh-puluh dan mungkin ratus-ratus, maka anda akan berusaha untuk kembali ke takhta seperti dahulu kala. Namun, jika anda take in negatively, anda pasti akan tinggalkan SBP atas dasar tak dapat catch up apa yang cikgu ajar sedangkan anda sebenarnya telah berputus asa atau telah kalah.
____________________________________________
Bond between schools : Ok, yang ni utk entertainment lah. Ada budaya bertukar-tukar surat dalam kalangan SBP bawah pengurusan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) and wujud group SBP di Facebook (FB) di mana anda boleh berkenalan dengan pelajar SBP yang lain. Hal ini anda akan dapat rasai apabila anda adalah pelajar SBP kelak.
___________________________________________
Chances to University : Hanya pelajar MRSM dan SBP diberi peluang untuk membuat Fast Track (kemasukan Dec dan Jan) ke university menggunakan result Trial SPM. Kebiasaanya, kemasukan ke Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Teknologi Petronas (UTP), Taylor's University dan lain-lain. Kemasukan pelajar lain adalah pada Mei atau Jun.
____________________________________________

So, if you are accepted to any MRSM or SBP,don't miss this opportunity. Grab the chances given to you and never walk away when u're SBP-ian or student of MRSM because without you realise, you had actually closed chance of the other students who wants to be in SBP or MRSM.

Tokoh-tokoh Malaysia dari SBP : 

Tunku Kurshiah College (TKC, 1947)
Datin Paduka Seri Rosmah Mansor
Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil

Malay College Kuala Kangsar (MCKK, 1905), yang ni banyak sangat, ambil yang paling popular je :
Dato' Onn Jaafar
Tun Abdul Razak Dato' Hussein
Dato' Seri Anwar Ibrahim
Datuk Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah

Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kubang pasu (SBPI Kubang pasu, 2004)
- Matluthfi, Ok, yang ni bukan tokoh.

Sekolah Datuk Abdul Razak (SDAR, 1956)
Y.B. Datuk Seri Shabery Cheek Ahmad

Dan banyak lagi...Cuma dah tak larat nak cari

#Well, usually, SBP provide dorms of 20 pupils while MRSM allocate rooms of 4-8 pupils.

Credits to wikipedia

Wednesday 17 April 2013

BENCI SEKOLAH??

Kenapa ni adik-adik?? (Chehh..bajet aku ni dewasa sangat)

Tajuk ni diilhamkan berdasarkan kisah adik aku ni. Setiap kali time nak pergi sekolah je, die muntah, pening. Tak tau la kot2 die jolok-jolok tekak die bagi muntah and berlakon pening ke kan? Bukan sekali dua,selalu sangat dah. Hampir seminggu perkara ini berlarutan.

Jadi, kami bawa die ke klinik, doktor pon tak tahu nak kata apa, "bawaklah dia ke hospital. Check darah". Dah bawak hospital, tapi keputusannya, darah dia tak ada masalah apa-apa pon. Nak kata ada virus ke, jangkitan bakteria ke. Tak ade masalah kesihatan apa-apa.

Then, after 2 weeks, the same thing happend again. Yang peliknya, only at this time : 7.00am and 3.00pm, which is the time to go to sekolah kebangsaan and sekolah agama. Well, it's obvious that she uses that sickness as an excuse untuk tak pergi sekolah.

Yesterday evening, my mum and I went to clinic to do medical check up upon her. Result : "Pening biasa je ni. Puan tak perlu risaulah. Mungkin die stress kat sekolah kot"

Frankly speaking, waktu aku kecil-kecil dulu pon mengalami perasaan yang sama : tak mahu pergi sekolah. I don't know either for what reason. Mungkin perasaan ini adalah lumrah kepada hampir setiap pelajar kot. Its just that depends on us to control that kind of feeling. Adik-adik kawal perasaan yang tak baik itu. Jangan terlalu ikutkan hati.

For me, we've got many friends to play and chatting with if we're at school. Unlike at home, we've got almost nothing to do instead of playing games at PC and PlayStation. Ohh, those are not healthy at all. Mata boleh rosak, no physically movement which will make us a passive children, no social skill develop, and many more.

Kids, when u're at my place which is a school leaver [akak dah habis SPM tahun lepas (2012)], u'll definitely begging to reverse the time and being in the classroom once again. I saw lot of my peers in facebook buat profile picture diorang : pakai baju sekolah, hangout with friends.

Jadi, hargailah masa yang ada ini. Sesal dahulu pendapatan,sesal kemudian tidak berguna.

Monday 1 April 2013

NAK WUJUDKAN LESUNG PIPIT??? BOLEH...

Preity Zinta

Choi Siwon

Shah Rukh Khan

Lee Teuk (Yang macam ni orang kate lesung batu. Haha..macam-macam)

Kang Min Kyung (Davichi)

Nampak bertambah manis kan bile ade lesung pipit?

Jadi, anda juga inginkan lesung pipit??

Mudah saje....

1. Senyum
2. Cari port untuk bentukkan lesung pipit di pipi anda
3. Tekan guna hujung jari anda sedalam-dalamnya selama lebih kurang 2 minit.

Amalkan selalu, insyaAllah akan wujud (berdasarkan pengalaman).

Sebenarnya aku ada sepasang lesung pipit yang berdekatan dengan bibir tu (yang org dok kata lesung batu tu) secara semula jadi. Jeles tengok orang yang ada kat pipi, aku pon try2 la buat cara kat atas tu, alhamdulillah...Sekarang saya ada 3 lesung pipit. Yang kat pipi tu sebelah je, belah kanan.

Nak yang mcm Lee Teuk tu ke? Oh, yang tu aku tak tau mcm mne. Yang tu hanya orang tertentu je ade dan ianya semulajadi. Haha..Special...

Ok, selamat mencuba!!